Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan sijil semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 KPWKM Sarawak malam tadi. Foto TVS

Praktikkan integriti demi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat – Fatimah

KUCHING, 16 Feb: Warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Sarawak diminta mempraktikkan integriti dalam perkhidmatan dengan mengutamakan kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam pelbagai aspek perkhidmatan tanpa mengira tekanan atau godaan demi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah mahu agar semua warga kerja kementeriannya untuk meningkatkan kemahiran perkhidmatan pelanggan terutama dalam berkomunikasi dengan yakin dan sopan kepada pelanggan.

Katanya, perkhidmatan terbaik daripada mereka akan mencerminkan secara positif nilai kakitangan kementerian itu sendiri.

“Sekali sekala kita ada dengar atau diviral masalah yang timbul disebabkan salah tutur atau terlanjur kata oleh barisan hadapan kita sehingga pelanggan kita terasa dan terguris perasaan mereka ditegur.

“Saya ingin ingatkan sempena kita adakan program Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan (APC) untuk hati hati bila kita bertutur jangan sampai perasaan seseorang itu terguris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis APC KPWKM di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.

Seramai 35 orang penerima APC telah diraikan iaitu lapan orang dari Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, 21 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMNS) dan enam orang dari Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan