Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. Foto TVS

Pertimbang Delta Rajang sebagai projek penanaman padi

ByFebbright James

TANJUNG MANIS, 17 Feb: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berharap agar Delta Rajang dapat dipertimbangkan untuk disenarai dalam projek penanaman padi di Sarawak.

Katanya, Delta Rajang berpotensi untuk penanaman padi negeri dengan suntikan kewangan yang mencukupi.

“Pertanian memang sudah serasi dengan budaya penduduk tempatan terutama aktiviti penanaman padi secara tradisional seperti di Pulau Bruit, Kedang, Paloh, Stalon, dan lain-lain.

“Untuk makluman, pada masa ini usaha kolaborasi penanaman padi berkualiti tinggi sedang diusahakan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) bersama pemilik tanah dan pihak swasta diperingkat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) seluas 20 ekar.

“Ini untuk mengkaji kesesuaian tanah serta variati padi sebelum memperluaskan penanaman ini ke kawasan yang lebih besar (800 ekar),” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Bekalan Air Tanjung Manis di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, katanya, usaha untuk menanam buah-buahan yang lain seperti kelapa, jagung, nenas sedang diusahakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang memaklumkan pada tahun 2024, unjuran kewangan yang diperuntukkan bagi kerja-kerja awal yang membabitkan sejumlah 47 projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) ialah RM53 juta melibatkan Kawasan N41 Kuala Rajang, N.42 Semop dan P.206 Tanjung Manis.

Katanya, Sarawak sudah berada di landasan yang kukuh untuk kemajuan serta kemakmuran masa depan berlandaskan Strategi Pasca Pembangunan COVID-19 (PCDS) 2030 dan Pelan Induk Digital 2023-2030 yang dipelopori oleh Premier Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan