Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan polis membantu mengangkat mayat untuk proses pengecaman. Foto IPD Meradong

Mayat terapung ditemukan di Bintangor

BINTANGOR, 17 Feb: Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat terapung berhampiran pangkalan feri Sungai Sian di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan (DSP) Sekam Anoi berkata, mayat itu ditemui kakitangan feri sebelum melaporkannya kepada pihak polis pada jam 10 pagi.

Sejurus menerima laporan itu katanya, sepasukan polis ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Terdahulu, kita menerima satu laporan orang hilang di Sibu dan pengecaman mayat oleh pengadu kes berkenaan.

“Bagaimanapun proses itu (pengecaman) gagal kerana mayat telah reput dan kembung. Siasatan diteruskan dengan mengambil simple DNA untuk mengetahui identiti mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Sekam menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan