Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Guardians Of The Shore, Mark Nyambang dinobat sebagai penerima 'Special Merit Award' di Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF) ke-15 hari ini. Foto Mark Nyambang

KLEFF: Pengarah ‘Guardians Of The Shore’, Mark Nyambang dinobat penerima ‘Special Merit Award’

BySharifah Anira

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pengarah ‘Guardians Of The Shore’, Mark Nyambang dinobatkan anugerah ‘Special Merit Award’ di Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF) ke-15 2023 di sini, hari ini,

Dokumentari terbitan TVS itu telah menonjolkan usaha dalam memelihara kelestarian hidupan marin di sepanjang pantai Sarawak menerusi projek pelabuhan tukun bebola tiruan.

Kemenangan anugerah khas tersebut menyaksikan satu-satunya produksi tunggal Malaysia yang tercalon telah membuktikan pengiktirafan kepada filem negara ini berjaya mempamerkan kualiti yang baik dan gaya penceritaan yang unik.

Proses penghakiman dan penilaian anugerah itu dilakukan oleh panel juri yang terdiri daripada pakar industri perfileman, alam sekitar serta akademik.

Untuk rekod, dokumentari terbitan Kayu Malam Production itu termasuk dalam satu antara 14 filem yang dicalonkan dalam kategori filem dokumentari panjang di KLEFF 2023 dan bersama produksi dari China, Itali, Jerma, Rusia, Belgium, Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan