Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga asing tanpa permit yang ditahan Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam Op Gegar malam tadi. Foto TVS

27 warga asing ditahan dałam Op Gegar

KUCHING, 17 Feb: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan seramai 27 warga asing yang berkerja tanpa permit sah dalam serbuan di sebuah premis hiburan di sini dalam Op Gegar malam tadi.

Pengarah Imigresen Sarawak, Abdul Halim Abang Naili berkata, kesemua yang ditahan merupakan dua wanita warga Vietnam, 17 wanita warga China, dan masing-masing seorang wanita serta tujuh lelaki warga Indonesia.

Katanya, operasi yang bermula jam 9.45 malam dan berakhir sejam kemudian itu membabitkan 52 anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

“Operasi ini telah dirancang setelah kita mendapat maklumat risikan, di mana terdapat warga negara asing yang disyaki berkerja tanpa permit kerja yang sah, menyalahgunakan pas lawatan dan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Jadi warga negara asing yang ditangkap pada malam ini akan ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Semuja untuk siasatan lanjut di bawah Akta dan Peraturan Imigresen 1959 pindaan 1963,” katanya ketika ditemui selepas Op Gegar malam tadi.

Abdul Halim berkata, operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan di seluruh Sarawak bagi mengekang kemasukan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Katanya, bagi tempoh 1 Januari hingga 14 Februari tahun ini, sebanyak 117 operasi telah diadakan dan memeriksa seramai 1,448 warga asing.

“Daripada jumlah tersebut seramai 493 telah ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. Turut ditahan tujuh majikan yang didapati menggaji perkerja warga asing tanpa permit tersebut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan