Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Stapok mencatatkan peningkatan kepada 172 setakat jam 12 tengah hari ini. Foto Hafeezur Muzamir (TVS)

13 bayi antara 172 orang mangsa banjir berlindung di PPS Stapok

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 17 Feb: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Stapok di sini, meningkat kepada 172 orang setakat jam 12 tengah hari ini berbanding 135 mangsa pada petang semalam.

Tinjauan TVS di PPS berkenaan mendapati sebanyak 36 ‘c-tent’ dibuka yang menempatkan 45 keluarga yang terdiri daripada 81 orang lelaki dan 91 orang wanita termasuk 13 bayi dan empat Orang Kelainan Upaya (OKU)

Sementara itu, laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di negeri ini mencatatkan peningkatan kepada 402 orang daripada 106 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 191 orang daripada 54 keluarga petang semalam.

JPBM berkata, kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat PPS di selatan negeri iaitu melibatkan Dewan Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok dan yang terbaharu, Dewan Serbaguna Taman Malihah telah diaktifkan lewat petang semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan