Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di sini hari ini. Foto: MIPD

UNIMAS bakal tawar program pendidikan Bahasa Iban, tangani isu kekurangan pengajar

ByAdlina Rahman

KUCHING, 16 Feb: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berhasrat untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Iban dalam usaha untuk menangani isu kekurangan guru Bahasa Iban di negeri ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata program berkenaan dicadang untuk ditawarkan kepada pelajar semester pertama bagi 2025/2026.

“UNIMAS juga akan menambah satu lagi program Bahasa Iban iaitu Bahasa Iban untuk Profesion Komunikasi sebagai kursus elektif. (Program) ini akan ditawarkan kepada semua pelajar pada semester pertama 2024/2025,” katanya selepas mengadakan kunjungan kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di sini hari ini.

Selain itu beliau turut memberitahu bahawa UNIMAS turut bercadang untuk menubuhkan satu jabatan baharu iaitu Jabatan Bahasa-Bahasa Borneo yang akan merangkumi Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau serta dialek Melayu Sarawak.

Sebelum ini Uggah telah memberi cadangan kepada UNIMAS untuk memperkenalkan proram Bahasa Iban.

Katanya, rancangan ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah kursus bahasa itu di universiti tempatan demi memudahkan pembelajaran Bahasa Iban kepada anak tempatan dengan lebih mendalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan