Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam melakukan tinjauan banjir di Kampung Segong, Bau, hari ini. Foto APM

Tiga pusat pemindahan sementara banjir dibuka di Kuching dan Bau

KUCHING, 16 Feb: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuching dan Bau ekoran hujan lebat turun sejak awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan setakat 2 petang, tiga PPS itu menempatkan 55 orang mangsa.

Pusat pemindahan sementara di Dewan R-Piang, Kpg Sinar Budi Baru. Foto Faitullah Morni (TVS)

Di Kuching, PPS di Dewan R-Piang menempatkan 29 mangsa di Kampung Sinar Budi Baru manakala PPS Dewan Masyarakat Setapok menempatkan 20 mangsa.

Di Bau, sebuah PPS di Dewan Kampung Segong menempatkan enam mangsa.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi menerusi laman sosial rasminya melaporkan penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak.

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan