Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
A total of 256 eateries were instructed to temporarily cease their operations by the Ministry of Health (MOH) under Section 11 of the Food Act 1983 due to hygienic reasons. Photo Envato

KKM periksa 7,677 premis makanan sepanjang Januari lepas, 256 diarah tutup sementara

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Feb: Kementerian Kesihatan (KKM) telah memeriksa 7,677 premis makanan menerusi tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 sepanjang Januari lepas dan 256 premis atau 3.33 peratus daripadanya telah dikenakan arahan penutupan sementara di bawah Seksyen 11 akta sama.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai langkah menjamin kebersihan premis dan makanan yang dihidangkan.

Beliau berkata melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi dalam tempoh itu juga 2,917 tawaran kompaun bernilai RM1.45 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 setiap kompaun.

“Sejumlah 431 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 75 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM143,350,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sejumlah 13,526 notis kesalahan telah dikeluarkan sepanjang Januari lepas hasil lawatan ke 25,257 premis, dan 5,059 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran lebih RM1.2 juta.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil KKM, justeru orang ramai dan semua pihak diminta menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan