Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu mangsa banjir di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, Kuching berpindah ke pusat pemindahan sementara, hari ini. Foto TVS

Jumlah mangsa banjir meningkat di empat pusat pemindahan sementara

KUCHING, 16 Feb: Jumlah mangsa banjir di Kuching dan Bau meningkat kepada 352 orang setakat 9 malam ini dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan PPS Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 145 orang penduduk di Desa Wira Lorong 5i, Batu Kawa.

Penduduk di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa yang terjejas akibat banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara, hari ini. Foto TVS

PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah menempatkan 144 orang mangsa, manakala Dewan R-Piang menempatkan 54 orang mangsa dari Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa.

Di Bau, sembilan orang penduduk dari Kampung Segong terpaksa berpindah ke PPS Dewan Kampung Segong.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat ke PPS Dewan Masyarakat Stapok untuk melihat sendiri keperluan mangsa-mangsa banjir.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan