Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Kampung Peninjau, Bau dipindahkan sementara ke Gereja St Paulus sehingga air surut. Foto JBPM Sarawak.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Kuching, Bau, Siburan dinaiki air

ByElani Rosllan

KUCHING, 16 Feb: Hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kuching, Bau dan Siburan dinaiki air.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak melaporkan berlakunya banjir kilat and tanah runtuh di beberapa kawasan yang terjejas seperti Jalan Semaba, Kampung Peninjau dan Taman Paradise Batu 9.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang, hujan lebat berterusan itu mengakibatkan insiden tanah runtuh berlaku di kawasan jalan alternatif Semeba-Haji Baki sehingga runtuhan menutupi jalan sehingga tidak dapat dilalui kenderaan namun tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan.

Selain itu, hasil rondaan pasukan Bomba dan Penyelamat di kawasan sekitar mendapati punca air melimpah ke jalan adalah disebabkan sistem perparitan yang tersumbat.

Balai Bomba dan Penyelamat Bau melaporkan 27 buah rumah di kawasan rondaan dinaiki air setinggi 1.2 meter.

“Buat sementara waktu, kesemua 138 mangsa dipindahkan ke Gereja St Paulus Kampung Peninjau Baru sehingga air surut,” katanya.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, pemantauan pihaknya mendapati air setinggi 0.7 meter melimpah ke jalan akibat masalah perparitan namun tiada perpindahan penduduk dilakukan kerana keadaan masih lagi terkawal.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan banjir di kawasan sekitar dan terus hubungi talian kecemasan 999 sekiranya paras air mula naik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan