Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Diplomat tertinggi China pada Khamis memaklumkan Beijing menyokong 'penuh' keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi negara Palestin. Foto fail AFP.

Gaza: Bekalan elektrik terputus, tiga pesakit di Hospital Nasser meninggal dunia

ByBernama

KHAN YUNIS (Gaza), 16 Feb: Tiga pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pagi ini akibat gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah pengepungan berterusan Israel ke atas hospital itu, menurut sumber perubatan.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan mengenai keadaan menyedihkan di hospital itu dengan dua wanita terpaksa bersalin dalam keadaan serba kekurangan akibat kekurangan kemudahan penting seperti elektrik, air, makanan dan alat pemanas.

Sumber itu berkata bahan api semakin berkurang dan sekatan Israel menimbulkan ancaman kepada nyawa pesakit dan kanak-kanak di kompleks hospital itu.

Pentadbiran hospital menggesa semua institusi antarabangsa segera campur tangan untuk menyelamatkan mereka yang berada di kompleks perubatan berkenaan.

Terdahulu pada Khamis, tentera pendudukan Israel memaksa pentadbiran Kompleks Perubatan Nasser supaya memindahkan semula 95 profesional penjagaan kesihatan, 11 keluarga, 191 pesakit dan 165 penjaga pesakit bangunan lama Nasser Building.

Serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 28,000 orang dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barangan keperluan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan