Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Subsidiari milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd, DESB Marine Services Sdn Bhd telah mendapat kontrak lanjutan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd pada 6 Okt 2023 bagi penyediaan tiga unit bot kerja penginapan. Foto hiasan Envato.

Unit Dayang Enterprise dapat kontrak lanjutan Petronas Carigali

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Subsidiari milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd, DESB Marine Services Sdn Bhd telah mendapat kontrak lanjutan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd pada 6 Oktober 2023 bagi penyediaan tiga unit bot kerja penginapan.

Kontraktor perkhidmatan sokongan minyak dan gas itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata nilai kontrak lanjutan tersebut adalah berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali sepanjang tempoh kontrak lanjutan.

Kontrak lanjutan itu adalah bagi kapal pertama, Dayang Zamrud, bermula pada 27 Okt 2023, selama 279 hari, manakala kapal kedua, Dayang Pertama, lanjutan bermula pada 10 Okt 2023, selama 296 hari.

Lanjutan untuk kapal ketiga, Dayang Berlian berkuat kuasa pada 25 Okt 2023, selama 281 hari.

“Faktor-faktor risiko yang mempengaruhi kontrak lanjutan terdiri daripada risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir serta bahan, turun naik harga bahan, perubahan dalam persekitaran politik, ekonomi dan perundangan.

“DESB Marine hendaklah memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan dan operasi dalam pelaksanaan keperluan kontrak,” katanya.

Kontrak lanjutan itu tidak akan menjejaskan modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatannya sepanjang tempoh lanjutan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan