Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perlancaran InvestSarawak dan Majlis Makan Malam sempena Hari Perniagaan Negara Kesatuan Eropah (EU) 2024, di sebuah hotel di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Sarawak bersedia eksport LNG ke EU – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 15 Feb: Sarawak bersedia untuk membekalkan gas asli cecair (LNG) kepada Kesatuan Eropah (EU) sekiranya terdapat permintaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tawaran itu telah disampaikan beliau kepada Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas.

Kata Abang Johari, beliau bertemu dengan Rokas ketika Eropah berdepan masalah kekurangan gas (berikutan krisis membabitkan Rusia dan Ukraine).

“(Ketika itu) Rokas bercakap tentang gas, pengagihan gas dan gangguan gas. Saya lihat wujud peluang untuk kita (Sarawak) mengeksport LNG ke EU.

“Jika mereka mahukan LNG dari Sarawak, kita bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perlancaran Invest Sarawak dan Hari Perniagaan Negara Kesatuan Eropah (EU) 2024, di sebuah hotel di sini malam tadi.

InvestSarawak berperanan sebagai fasilitator kepada pelabur

Turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu, Abang Johari turut berkongsi mengenai potensi sumber tenaga boleh diperbaharui yang sedang aktif diterokai Sarawak kepada delegasi EU.

Abang Johari menjelaskan Sarawak mempunyai kekayaan sumber yang boleh dimanfaatkan dengan dan EU menerusi kerjasama dan pelaburan.

InvestSarawak berperanan sebagai fasilitator kepada pelabur

“Sarawak juga menjana tenaga boleh diperbaharui daripada pelbagai sumber yang aktif diterokai rakyat Sarawak, seperti hidrogen, kuasa hidro, angin dan solar.

“Sarawak mempunyai kekuatan sumber yang banyak, oleh itu kita menjemput rakan kongsi EU untuk melihat ke arah peningkatan pelaburan di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan