Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Sambutan Tahun Baru Cina, satukan masyarakat Sarawak

ByFebbright James

BINTULU, 15 Feb: Sambutan Tahun Baru Cina bukan sekadar perayaan bagi masyarakat Tionghua namun ia adalah platform dalam penyatuan semua lapisan masyarakat di Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming.

“Perayaan ini merupakan peringatan tentang kepelbagaian budaya, adat, bangsa dan agama di Sarawak.

“Ia nya adalah sesuatu yang sinonim dengan negara kita dan ini merupakan acara yang menggembirakan apabila keluarga, saudara dan rakan berkumpul menikmati juadah dan saling memberikan ucapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran DUN Tanjung Batu dan SUPP Cawangan Bintulu di sini, pada Khamis.

Menurutnya sambutan ini juga merupakan peluang bagi orang ramai menyaksikan tarian singa dan pelbagai persembahan kebudayaan yang menakjubkan sepanjang musin perayaan ini.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintulu turut memuji langkah yang diambil Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kerajaan negeri berhubung kejayaan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasa Sarawak yang dilihat mampu memacu pembangunan Bintulu dengan lebih lagi.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Undang-undang MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan