Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Semariang Batu, Kuching terbakar menyebabkan lima penghuninya hilang tempat tinggal, hari ini. Foto Bomba dan Penyelamat

Rumah terbakar, lima penghuni hilang tempat tinggal

KUCHING, 15 Feb: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Semariang Batu di sini terbakar menyebabkan lima penghuninya hilang tempat tinggal, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata kebakaran bermula di tingkat atas menyebabkan rumah berkenaan musnah kira-kira 80 peratus.

“Pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke unit rumah bersebelahan.

“Penghuni rumah tidak berada di rumah semasa kejadian dan tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan semasa kejadian berlaku,” katanya menerusi kenyataan.

Panggilan mengenai kebakaran itu diterima pada 3.42 petang.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Balai Bomba dan Penyelamat Padungan digerakkan ke lokasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan