Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2024 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sebuah hotel di sini hari ini. Turut serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto, Bernama.

Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 bersifat lebih inklusif – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac depan adalah bersifat lebih inklusif.

Anwar berkata selain membincangkan isu berkaitan ekonomi Bumiputera, KEB 2024 juga diharapkan mendapat kerjasama dan sokongan bersama daripada masyarakat Cina dan India bagi membantu menangani masalah kemiskinan.

Menurutnya, beliau akan mengundang pemimpin dewan perniagaan yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India pada minggu depan untuk memberi pandangan dan input berhubung perkara itu supaya KEB 2024 tidak dianggap sebagai eksklusif.

“Ia (KEB 2024) masih menekankan masalah yang dihadapi oleh Bumiputera..tetapi pendekatan selaras dengan negara MADANI harus lebih inklusif.

“Pendekatan inklusif maknanya dalam membicarakan ekonomi Bumiputera, ada isu seperti perusahaan kecil dan sederhana (SME) atau kelompok India miskin akan kita tangani bersama,” katanya dalam ucap tama beliau pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ,di sini, hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan program pembasmian miskin tegar dalam negara tanpa mengira kaum.

Menurutnya, program pembasmian miskin tegar di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan telah mencapai status 100 peratus.

“Bila kita bicara kemiskinan Bumiputera, kalau ada kelompok tertentu..Cina miskin atau India di estet yang miskin, kita mesti tangani dan selesaikan sebagai satu program nasional.

“Begitu juga peluang perniagaan, peniaga kecil Bumiputera, peluang bagi orang India, peniaga kecil masyarakat Cina..itu kita harus tumpu sebagai program dan agenda nasional,” kata Anwar.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan