Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Azam Baki menjawab soalan ketika rakaman Dialog TVS baru - baru ini. Foto, TVS.

Nilai semasa dalam borang pengisytiharan harta akan digugurkan – Azam

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 Feb: Butiran nilai semasa dalam borang pengisytiharan harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan digugurkan.

Perkara itu merupakan antara yang dicadangkan sebagai satu mekanisme baharu yang lebih praktikal ketika proses berkenaan, kata Pesuruhajaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Kata Azam, secara dasarnya, ia telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azam sahkan disaman Daim

“Ini (gugurkan butiran nilai semasa) kemungkinan besar akan dipersetujui.

“(Mekanisme baharu) tentang borang pengisytiharan harta ini dipersetujui, maka ia akan diisytihar oleh Perdana Menteri sendiri dan akan dipaparkan dalam laman web,” katanya.

Azam berkata demikian ketika menjadi tetamu program Dialog TVS bertajuk Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai yang akan disiarkan pada 8.45 malam ini di saluran 122.

Mengulas lanjut, Azam berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan yang borang itu tidak adil kerana perlu mengisytiharkan nilai.

SPRM tidak tolak kemungkinan akan ada lagi siasatan kes rasuah profil tinggi

“Jadi persepsinya begini, contohnya beli pada 1990, sekarang tahun 2018, nilai beli ketika itu RM500,000 tetapi sekarang sudah jadi RM50 juta.

“Sudah tentu orang akan kata individu yang membeli itu jutawan,” jelasnya.

Katanya mekanisme perlu diperbetulkan kerana sesiapa sahaja yang diarahkan untuk mengisytiharkan aset wajib mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Semua borang itu saya yang tandatangan untuk menilai maklumat. Kalau kena saman, sebenarnya saya yang kena saman. Baru-baru ini saya kena samanlah oleh Tun Daim (Zainuddin).

“Tun Daim saman saya kerana pada dia tindakan Ketua Pesuruhjaya adalah salah,” ujarnya lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan