Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memeriksa perbarisan pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-19 Maritim Malaysia hari ini. Foto APMM.

Maritim tingkat pelaksanaan operasi bersepadu jaga perairan negara

ByDayu Adruce

KUANTAN, 15 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meningkatkan pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi yang berkaitan bagi memastikan perairan negara kekal selamat dari pelbagai ancaman jenayah.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, ia susulan daripada pertambahan aset Maritim Malaysia bagi mempertingkatkan lagi pemantauan udara di kawasan sempadan negara khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Selepas Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia pada 2 Januari lalu, KDN baru-baru ini telah mengeluarkan Surat Setuju Terima bagi perolehan empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland 189,” ujarnya pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 19 (HUT19) Maritim Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan peruntukan besar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan Maritim Malaysia mempunyai aset baharu yang berkeupayaan tinggi selain menyelenggara aset-aset sedia ada agar Agensi ini dapat melaksanakan pengawasan dan operasi di Zon Maritim Malaysia dengan sempurna.

Jelasnya, Maritim Malaysia telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan sebaiknya dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara sejak ia ditubuhkan 19 tahun yang lalu.

Tambahnya lagi, ia sekali gus dapat memastikan sektor perikanan, pelancongan, perkapalan dan hidrokarbon dapat dijalankan dengan selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan