Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai (dua dari kiri) ketika menghadiri Majlis Perasmian Festival Bahasa Jiwa Bangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada Khamis. Foto TVS

Festival Bahasa Jiwa Bangsa rancakkan aktiviti sastera dan bahasa di Sarawak

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 15 Feb: Festival Bahasa Jiwa Bangsa menjadi platform untuk merancakkan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera dalam suatu masa.

Menurut Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai, pihaknya bertanggungjawab menyediakan ruang dan peluang untuk program bahasa, penerbitan dan kesusasteraan di negeri ini.

“Peranan kami juga untuk menjadikan ia sebagai sebuah industri intelektual yang pesat, terarah dan objektif.

“Maka ia juga dapat merentasi pelbagai kaum di Sarawak,” katanya pada Majlis Perasmian Festival Bahasa Jiwa Bangsa di Kuching hari ini.

Abang Haliman menambah DBP Sarawak telah menwujudkan Unit Pelbagai Kaum yang akan memberi fokus kepada program yang melibatkan pelbagai kaum di Sarawak.

“Justeru, usaha pemuliharaan bahasa sukuan yang terancam ini perlu digerakkan dengan segera dengan adanya unit ini,” ujarnya.

Festival Bahasa Jiwa Bangsa bermula 13 februari hingga esok, 16 februari menawarkan sembilan program seperti Sayembara Pidato Bahasa Jiwa Bangsa.

Turut hadir,  Sasterawan Negara Dato Dr Anwar Ridhwan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan