Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Foto Zaim Zharfan (TVS).

Dua pelaburan mega di Bintulu, peluang anak Sarawak raih gaji lumayan – Abang Johari

ByFebbright James

BINTULU, 15 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis dua pelaburan mega yang dibawa masuk pada tahun ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan untuk anak Sarawak.

“Pertama, pelabur akan datang ke Bintulu untuk membina loji ammonia bernilai 3 billion USD Dollar dan menawarkan pekerjaan gaji lumayan merangkumi jurutera hingga pengurusan eksekutif di loji ini.

Pelaburan mega di Bintulu, peluang anak Sarawak raih gaji lumayan | TVS

“Kedua ialah mendirikan kilang graphit dengan pelaburan sebanyak 1.5 bilion USD Dollar. Ini merupakan loji pertama di Asia Tenggara. Graphit ini digunakan oleh enjin kereta yang menggunakan hidrogen atau bahan api sel. Apabila banyak kereta di Asia Tenggara yang menggunakan hidrogen, mereka sudah semestinya memerlukan graphit,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran DUN Tanjung Batu dan SUPP Cawangan Bintulu, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau juga meyakini setelah Pelabuhan Bintulu diambil alih pada tahun ini, ia sekali gus memacu pedapatan dan peluang pekerjaan untuk anak Sarawak dalam masa terdekat.

“Oleh sebab itu, kita mesti menaikkan taraf pendidikan anak-anak kita supaya ia sejajar dengan kehendak pasaran di Bintulu. Kerja menawarkan gaji tinggi memerlukan pekerja mahir yang tinggi dan celik teknologi. Pada 2026 kita beri pendidikan percuma di universiti milik kerajaan Sarawak yang sesuai dengan pembangunan kita,”ujar beliau.

Menurutnya perkara ini tidak dijanjikan dalam manisfesto pilihan raya tetapi dilaksanakan kerana komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membangunkan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan