Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pesuruhjaya SPRM) Tan Sri Azam Baki (kanan) mendedahkan beliau menerima tuntutan saman daripada Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (kiri). Foto fail Bernama.

Azam sahkan disaman Daim

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 Feb: Tan Sri Azam Baki mengesahkan beliau disaman oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, tuntutan berkenaan diterima baru – baru ini.

Kata beliau, tuntutan terbabit mendakwa tindakan agensi penguatkuasaan itu tidak berlandaskan prosedur yang betul.

“Saya boleh dedahkan sebab perkara ini sudah masuk dalam mahkamah,” katanya.

Azam berkata demikian ketika menjadi tetamu program Dialog TVS bertajuk Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai yang akan disiarkan pada 8.45 malam ini di saluran 122.

Dihoskan oleh Najib Imran dan Khairunnisa Kasnoon, Azam menjawab beberapa soalan panas berhubung tindakan memerangi rasuah oleh SPRM termasuk melibatkan kes berprofil tinggi.

Pada 29 Januari lepas, Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta.

Bagaimanapun, beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan