Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah FAMA Sarawak, Ramli Mat Sani bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat FAMA Kuching, pada Khamis. Foto TVS

72 lot bazar Ramadan FAMA di Medan Niaga Satok tahun ini

KUCHING, 15 Feb: Sebanyak 72 lot bazar Ramadan ditawarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak di Medan Niaga Satok pada tahun ini.

Pengarah FAMA Sarawak Ramli Mat Sani berkata, para peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 20 Februari bermula jam 10 pagi.

Sasar nilai jualan RM500,000 di FAMA FEST Sarawak

“Setiap tahun dibawah FAMA kita sediakan tapak manakala permit itu daripada DBKU. Walaupun kawasan kita tapi kita tetap kena mohon daripada DBKU untuk dapatkan permit setiap tahun.

“Jadi, caj yang dikenakan tidak mahal sama seperti yang caj DBKU kepada bazar-bazar ramadan yang lain cuma kita ada pemberian istimewa seperti lapik meja, apron untuk keseragaman dan kebersihan,” katanya pada sidang media Program FAMA FEST 2024 di Ibu Pejabat FAMA Kuching pada Khamis.

Sementara itu, Ramli mendedahkan projek naik taraf Benteng Medan Niaga Satok dijangka siap tahun depan.

Menurutnya, proses tender baru sahaja selesai dan pembinaan akan mengambil tempoh 72 minggu untuk siap.

“Projek tersebut dibiayai oleh kerajaan negeri dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini telah meluluskan dana berjumlah RM7 juta.

“Ia bertujuan untuk menaik taraf Benteng Medan Niaga Satok termasuk tempat meletak kenderaan (parkir bertingkat) di belakang pejabat FAMA Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan