KUCHING, 15 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengurniakan pingat dan darjah kebesaran kepada 123 penerima pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ kepada 10 penerima yang didahului oleh Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee In.

Antara senarai lain yang turut menerima Darjah PNBS ialah Pengerusi Lembaga Penjana Dana Kekayaan Berdaulat Tan Sri Dato Sri Panglima Sulong Matjeraie, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dato Sri Azam Baki, bekas Ahli Parlimen Igan Dato Sri Wahab Dolah, wakil khas Premier Sarawak di Gedong Dato Sri Mohd Naroden Majais, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff dan Dato Sri Dr Qamarul Naim Mohd Faizal.
Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ didahului Datuk Khalid Ghanim Alghaith, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Datuk Dr Juanda Jaya, Datuk Aidel Lariwoo dan Datuk Dr Ripin Lamat.
Antara yang turut menerima PGBK ialah Datuk Ricky @ Mohamad Razi Sitam, Datuk Maclaine Ben @ Martin Ben, Datuk Jefferson Jamit Unyat, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri, Datuk Sharbini Suhaili dan Datuk Jawan Empaling.
Seramai 11 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran “Datu” didahului Datu Hasmawati Sapawi, Datu Chew Chee Yau, Datu Azmi Bujang, Datu Wong Hee Seng, Datu Lester Mathew, Datu Felicia Tan, Datu Richard Tajan, Datu Elean Mersaat, Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Datu Dr Adrian Susin Ambud dan Datu Khalidi Ibrahim.
Seramai 21 penerima Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ didahului Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Mejar Jeneral Dato Hassan Embong, Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, Dato Abdul Rahman Sebli Senusi, Dato Yeo Tiong Chia, Dato Dr Kalwinder Singh Khaira, Dato Dr Saadiah Abdul Rahman, Dato Anwar Basah Khan Zakaria, Dato Temengong Harrison Lading Lunsa, Dato Janin Giri, Dato Mohammad Ibrahim, Dato Abang Noordin Abang Zainuddin, Dato Halmi Hazmi, Dato Abang Affandi Abang Annuar dan Dato Mohamad Trang Issa.
Dalam istiadat berkenaan Wan Junaidi turut berkenan mengurniakan Johan Bintang Kenyalang (JBK) kepada dua penerima didahului oleh Liew Jiu Ming dan Dr. Hazami Jahari.
Pingat Johan Perkhidmatan Cemerlang dikurniakan kepada Mersal Abang Rosli dan Zolkipli Mohamad Aton.
Wan Junaidi mengurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada 22 penerima, 17 penerima Pegawai Bintang Sarawak, 11 penerima Pegawai Bintang Kenyalang dan 15 penerima Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB).
Untuk rekod, pengurniaan pingat dan darjah kebesaran telah diumumkan pada tahun lepas sempena hari lahir rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang terdahulu, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.