Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran InvestSarawak dan Majlis Makan Malam Hari Perniagaan Negara Kesatuan Eropah di Kuching, malam ini. Foto TVS

Sarawak nyata hasrat kerjasama dengan EU dalam sektor pengeluaran tenaga

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 14 Feb: Kerajaan Sarawak menyatakan hasrat dan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan negara Kesatuan Eropah (EU) dalam sektor pengeluaran tenaga bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama ini akan memberi tumpuan dari sudut teknologi dan pembangunan dalam penghasilan hidrogen.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran InvestSarawak dan Majlis Makan Malam Hari Perniagaan Negara Kesatuan Eropah. Foto Bernama

Menurutnya, kesediaan Sarawak dalam menjalinkan kerjasama itu susulan negeri ini komited membantu dunia dalam isu perubahan iklim iaitu melibatkan pemanasan global yang semakin kritikal.

“Dengan adanya kemajuan teknologi yang mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fosil yang kosnya sentiasa meningkat, kita yakin kos penghasilan hidrogen kelak akan menjadi lebih murah dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kita mengambil berat mengenai Isu pemanasan global dengan kita mahu ada tanggungjawab bersama untuk membantu mengurangkan pengeluaran karbon dan perubahan iklim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pelancaran InvestSarawak dan Hari Perniagaan Negara Kesatuan Eropah (EU) 2024, di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Duta Besar Delagasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas.

Seramai 23 delegasi EU yang dalam lawatan kerja rasmi ke Sarawak selama lima hari hadir menghadiri majlis pada malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan