Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gelagat pengundi yang berswafoto selepas menunaikan tanggungjawab mereka pada PEMILU 2024 di Jakarta hari ini. Foto, David Andreas (TVS)

Rakyat Indonesia keluar mengundi hari ini

ByBernama

JAKARTA, 14 Feb: Rakyat Indonesia keluar mengundi sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 di lebih 800,000 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negara pada Rabu bagi memilih presiden dan naib presiden serta anggota legislatif baharu.

Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi serta isteri Iriana, mengundi di Gambir, Jakarta Pusat, adalah antara kira-kira 204.8 juta pengundi yang layak mengambil bahagian dalam proses demokrasi di republik berkenaan.

Jokowi yang ditemui media selepas mengundi berharap Pemilu menjadi pesta demokrasi rakyat yang membolehkan mereka memilih calon dan parti dengan senang hati, bebas dan adil.

“Kita tunggu bersama-sama,” katanya mengenai pilihan rakyat Indonesia.

Pusat mengundi dibuka pada 7 pagi waktu tempatan dan dijadualkan ditutup pada  1 tengah hari.

Sementara itu, calon-calon presiden dan naib presiden hadir di pusat mengundi berhampiran kediaman masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Lebih 261,000 anggota keselamatan kawal pilihan raya Indonesia 2024

Anis Baswedan, 54, dan calon naib presiden Muhaimin Iskandar, 57, masing-masing mengundi di Lebak Bulus dan Bangka, Jakarta Selatan, ketika cuaca mendung serta hujan rintik dilaporkan di awal pagi.

Sebaik selesai mengundi, Anies berkata beliau berharap Pemilu itu berlangsung lancar sehingga pengiraan selesai serta merakamkan penghargaan kepada petugas yang bekerja keras.

Lebih 261,000 anggota keselamatan kawal pilihan raya Indonesia 2024

Prabowo Subianto, 78, pula menunaikan hak mengundi di Bogor, Jawa Barat dan regunya yang juga anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, 36, di Solo, Jawa Tengah.

Ganjar Pranowo, 55, mengundi di Semarang, Jawa Tengah manakala pasangannya, Mahfud MD, di Sleman, Yogyakarta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan