Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa keluar mayat salah seorang daripada dua mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini petang tadi untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat. Foto Bernama.

Mangsa nahas pesawat ditemukan dalam kopkit pada kedalaman 1.52 meter dalam tanah

ByBernama

SHAH ALAM, 14 Feb: Dua mangsa nahas kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang pada Selasa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Wan Md. Razali Wan Ismail.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.

“Kedua-dua mangsa berada di dalam kokpit pesawat ketika ditemui, meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Wan Md Razali berkata usaha pencarian dilakukan oleh pihak bomba dengan menggunakan kaedah “sweeping” dalam jarak 800 meter daripada cebisan sayap pesawat sehingga ke bangkai utama pesawat yang dipercayai terjunam ketika penerbangan.

Beliau berkata pihaknya juga menggunakan kaedah penggalian secara manual dengan bantuan jentera berat berdasarkan cebisan-cebisan mayat yang ditemukan di sekitar bangkai pesawat.

Dua mangsa nahas pesawat rakyat tempatan, identiti disahkan

Katanya kerja mencari mangsa juga dibantu pasukan bomba sukarela, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk sekitar.

Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan seorang pembantu juruterbang disahkan maut nahas terbabit dan kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mengikut manifes yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan