Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani beraksi ketika menentang Khaitmurat Kulmatov dan Makhsut Tajibullayev pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 di Shah Alam, hari ini. Foto Bernama

Malaysia layak ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia

ByBernama

SHAH ALAM, 14 Feb: Skuad lelaki negara membenam Kazakhstan 5-0 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024, di sini hari ini.

Selepas mengalahkan Brunei dengan keputusan sama dalam perlawanan pembukaan semalam, Malaysia sebagai juara bertahan meneruskan aksi hebat dalam Kumpulan B untuk memperoleh satu lagi kemenangan tanpa sebarang kekalahan di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Pemain perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia, yang direhatkan semalam, menghadiahkan mata pertama apabila menewaskan Dmitriy Panarin 21-11, 21-10, manakala Leong Jun Hao menggandakan mata selepas mengalahkan Ibray Bayken 21-8, 21-11.

Pemain muda, Eogene Ewe, 19, kemudian mengesahkan mata kemenangan untuk Malaysia selepas menewaskan Makhsut Tajibullayev 21-7, 21-9.

Kemudian dalam acara beregu, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menewaskan Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken 21-10, 21-9 manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengalahkan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev 21-6, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan mutlak.

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik direhatkan hari ini.

Selepas bermain perlawanan yang kelihatan seperti perlawanan pemanas badan menentang Brunei dan Kazakhstan, cabaran sebenar Malaysia menanti esok menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan juara kumpulan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Taiwan menundukkan Brunei 5-0 selepas menewaskan Kazakhstan dengan keputusan yang sama semalam.

Undian untuk peringkat kalah mati akan diadakan malam esok selepas selesai semua perlawanan peringkat kumpulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran minimum mara ke separuh akhir untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam BATC kali ini, untuk memastikan tempat automatik dalam Final Piala Thomas dan Piala Uber, April ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan