Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat warga emas yang maut dalam kemalangan selepas merempuh seekor anak kerbau di Limbang, malam tadi. Foto IPD Limbang

Lelaki warga emas maut, rempuh anak kerbau

LIMBANG, 14 Feb: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor anak kerbau yang melintas di Jalan Lubuk Sigantang Ipai Limbang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata mangsa, Yong Kuet Sen, 63, maut ditempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada 8 malam.

“Akibat impak pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan anak kerbau itu turut mati akibat perlanggaran tersebut.

Katanya, siasatan pegawai penyiasat mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai pencahayaan yang cukup dan gelap.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Limbang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan