Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKM memaklumkan, sebanyak 769 sampel produk madu pelbagai jenama telah diambil sehingga kini untuk dilaksanakan ujian.Foto hiasan, Envanto.

Lebih lima peratus produk madu diuji KKM tidak patuhi standard

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Pemantauan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 2016 mendapati 5.85 peratus sampel madu yang diuji tidak mematuhi standard ditetapkan di bawah Peraturan – Peraturan Makanan 1985.

KKM memaklumkan, sebanyak 769 sampel produk madu pelbagai jenama telah diambil sehingga kini untuk dilaksanakan ujian.

“KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemantauan produk madu di pasaran.

“Hasil pemantauan mendapati 45 sampel atau 5.85 peratus produk madu tidak mematuhi standard yang ditetapkan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat,” jelas kenyataan media kementerian itu hari ini.

Kenyataan itu menyusul susulan laporan sebuah akhbar semalam menerusi artikel bertajuk “Lambakan 90 peratus madu tiruan di pasaran, bagaimana nak tahu mana yang asli.

Sementara itu, KKM menjelaskan, di Malaysia, madu diklasifikasikan berdasarkan spesis lebah yang menghasilkannya iaitu madu yang dihasilkan oleh lebah madu apis dorsata atau madu kelulut yang dihasilkan oleh stingless bee.

“Berdasarkan Peraturan 130, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, produk madu perlu mengikut standard yang telah ditetapkan iaitu mengandungi tidak kurang daripada 60 peratus gula penurunan, mempunyai kandungan sukrosa tidak lebih daripada 10 peratus dan tidak boleh mengandungi hydroxymethylfurfural (HMF) lebih daripada 80 mg/kg,” jelas KKM.

Tambah KKM, Seksyen 13(2)(e) memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan jika tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh peraturan di bawah akta berkenaan.

Seseorang yang didapati melanggar peruntukan ini jelas KKM apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan