Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail semasa lawatan kerja ke Stesen Kerbau Meragang Lawas, hari ini. Foto TVS

Kilang pemprosesan keju kerbau terbesar di Malaysia di Lawas siap November ini

LAWAS, 14 Feb: Kerajaan Sarawak membelanjakan RM13 juta melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk membina kilang pemprosesan keju kerbau terbesar di Malaysia di Stesen Kerbau Meragang Lawas yang kini dalam pembinaan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kilang tersebut yang kini memasuki 72 peratus pembinaan dijangka siap November tahun ini.

Menurutnya, kilang itu akan dilengkapi bangunan lain seperti rumah pekerja serta tempat penyimpanan keju mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran produk keju untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia dan dunia.

“Kita sedang dalam proses menyiapkan kilang untuk pemprosesan keju ini yang memakan kos RM13 juta, peruntukan daripada kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan NRDA,” katanya ketika ditemui semasa lawatan kerja ke Stesen Kerbau Meragang Lawas di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman menambah apabila siap tahun ini stesen itu mampu melonjakkan lagi sektor penternakan di Sarawak dan akan membantu merealisasikan aspirasi kerajaan negeri menjadi pengeksport makanan menjelang tahun 2030.

Katanya, Bahagian Limbang mempunyai kira-kira 17 ribu ekor kerbau pada masa ini dan kerajaan Sarawak telah melantik sebuah syarikat swasta sebagai peneraju projek keju kerbau itu di Lawas.

Stesen Kerbau Meragang Lawas yang berkeluasan 202 hektar itu juga merupakan pusat pemprosesan keju kerbau yang pertama di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan