Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari mahu lihat kerjasama erat membabitkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang berasal dari Sarawak. Foto, Awang Azmil (TVS).

Kerjasama erat King Sing, Abdul Karim mampu perhebat industri pelancongan Sarawak – Abang Johari

ByFebbright James

SIBU, 14 Feb: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu usaha mempromosi pelancongan di Sarawak terus diperhebatkan bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong.

Premier Sarawak itu berkata, dalam soal ini, beliau ingin melihat kerjasama erat membabitkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang berasal dari Sarawak.

Kata Abang Johari, peningkatan jumlah pelancong akan memberi kesan kepada kemajuan rakyat di Sarawak terutamanya aktiviti perniagaan.

“Kita ada dua menteri pelancongan iaitu seorang di peringkat persekutuan dan seorang di peringkat negeri. Mereka boleh menjadi team yang beri kelebihan dan manfaat kepada sektor pelancongan.

“Apabila ramai pelancong datang ke Sarawak, maka akan ramai juga yang akan berniaga dan ini secara tidak langsung akan menyediakan peluang pekerjaan. Inilah pentingnya kesan daripada sektor pelancongan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Tahun Baharu Cina Persatuan Cina Bersatu Sibu (UCA) yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini malam tadi.

Sarawak akan terus giat teroka keindahan di Bako – Abdul Karim

Sementara itu Abang Johari berkata, model perniagaan syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak melalui pengambilalihan MASwings akan berlainan dengan syarikat penerbangan lain.

“Perancangan ini seperti membina jambatan iaitu tidak memikirkan pulangan untung.

” (Yang penting) Kerajaan Sarawak mahu menyediakan kemudahan pergerakan dan kejayaan itu kelak akan diukur melalui peningkatan Keluaran dalam Negara Kasar,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan