Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamed (tiga dari kanan) menunjukkan rampasan 19.9 kilogram dadah disyaki ganja pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town, hari ini. Foto TVS

Dua lelaki tidak sempat edar 19.9 kg ganja

GEORGE TOWN, 14 Feb: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah tidak sempat menghantar bekalan apabila diberkas polis menerusi serbuan ke atas sebuah kereta di Teluk Kumbar dekat sini, 10 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamed berkata, suspek berusia 23 dan 34 tahun itu ditahan bersama 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja pada operasi kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, dadah berkenaan ditemukan di dalam but kereta.

“Ganja seberat kira-kira 19.9 kilogram bernilai RM62,000 itu dipercayai boleh digunakan 40,000 orang penagih.

“Siasatan mendapati ia didapati daripada rangkaian sindiket dan bagi pasaran tempatan di negeri ini,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek yang tidak bekerja dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan sejak Disember lalu.

“Kedua-dua suspek positif dadah, manakala salah seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka direman seminggu sehingga 16 Februari depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan