KUCHING, 14 Feb: Beberapa kawasan di Jalan Foochow dijadual mengalami gangguan bekalan air hari ini bermula 9.30 pagi ekoran kerja pembaikan paip utama di situ.
Lembaga Air Kuching (KWB) memaklumkan, kerja itu dijangka selesai pada 3.30 petang ini.
“Antara kawasan terlibat ialah Jalan Foochow No. 1, Lorong Foochow 1T, lorong Foochow 1V, Lorong Foochow 1X, Lorong Foochow 1Y, Lorong Foochow 1Z, Lorong Foochow 1R, Lorong Foochow 1P, Lorong Foochow 1N, Lorong Foochow 1U, Lorong Foochow 1Q, Lorong Foochow 1S, Lorong Foochow 1M dan Jalan Renggas,” jelas KWB menerusi kenyataan media.
KWB turut memaklumkan, kawasan di sekitar juga dijangka akan turut mengalami tekanan air rendah.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian KWB iaitu 082-22233 atau menghantar WhatsApp kepada nombor 019-8866650. -TVS