Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Allaudeen Abdul Majid bercakap kepada pemberita selepas hadir Perhimpunan Bulanan IPK hari ini. Foto, Polis KL.

Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengakui terdapat sebilangan pegawai dan anggota polis yang membocorkan pelbagai maklumat sulit melalui media sosial.

Beliau berkata hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.

“Prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu untuk membawa liabiliti jenayah di bawah akta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, Allaudeen berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.7 juta sepanjang Januari lepas, berbanding RM1.8 juta bagi tempoh sama pada 2023.

Beliau berkata meskipun nilai rampasan mengalami penurunan, jumlah tangkapan bagi Januari meningkat kepada 2,352 orang berbanding 1,333 orang bagi tempoh sama tahun lepas.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur pula katanya, melakukan 366 operasi dan serbuan dengan tangkapan 421 orang pada Januari.

“Selain itu, sebanyak empat kertas siasatan dibuka melibatkan Call Center dengan dua telah dituduh dan dua lagi masih dalam siasatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan