Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap dalam sidang media di Kuching hari ini. Foto, Amirah Syawel (TVS).

Abdul Karim terkilan kritikan pedas SU Persatuan Renang Malaysia terhadap Pandelela

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Feb: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meluahkan rasa terkilan berhubung kritikan pedas oleh Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low terhadap Dato Pandelela Rinong.

Abdul Karim berkata ini kerana Andy menuduh penerjun negara itu hanya mahu makan gaji.

“Saya terkilan apabila dia kata Pandelela nak makan gaji, tiada keraguan (atlet terima elaun) tetapi Pandelela saya rasa akan dapat lebih banyak (sumber pendapatan) sekiranya dia bukan atlet dan menjadi jurulatih,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam Pandelela yang juga atlet wanita Malaysia pertama meraih pingat pada pentas Sukan Olimpik meluahkan rasa sedih apabila dituduh memberi alasan selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pandelela yang berkongsi artikel sebuah akhbar berkenaan kritikan oleh Andy di instastory Instagramnya berkata, beliau tidak pernah memberi jawapan terhadap gangguan serta entiti yang membelenggu skuad terjun negara menjelang Kejohanan Dunia di Qatar.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, pegawai sukan seperti Andy tidak seharusnya memperkecilkan atlet – atlet yang telah memberikan sumbangan kepada negara.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, beliau yakin Pandelela masih berbisa dan mampu memberi saingan pada temasya sukan serantau seperti Sukan Asia atau Sukan SEA.

“Kita akan menyokong apa sahaja keputusan dibuat oleh beliau termasuk sekiranya masih berminat untuk bertanding secara kompetetif,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan