Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di Kuching, hari ini. Foto Amirah Shawel (TVS).

Abdul Karim persoal usaha Persekutuan Renang Malaysia cungkil atlet pelapis sukan terjun

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Feb: Kredibiliti Persekutuan Renang Malaysia (MAS) dipersoal dalam usahanya mencari atlet pelapis sukan terjun yang berkualiti.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sejak 10 tahun lalu persatuan tersebut dilihat gagal melahirkan pelapis sukan tersebut kerana hanya kelibat Dato Pandelela Rinong yang menjadi wakil negara di persada antabangsa.

Menurutnya, isu berkenaan telah lama dibangkitkan termasuk oleh ratu terjun negara itu sendiri.

“Apa Setiausaha Agung MAS, Andy Low buat kalau sudah bertahun, hanya Pandelela sahaja wakil Malaysia selama 10 hingga 15 tahun ini?

“Maknanya bukan dia sahaja tetapi persatuan itu juga gagal dan tidak buat apa-apa selama ini,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Baitul Makmur di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pandelela memulakan kerjaya sebagai perenang negeri seawal usia tujuh tahun dan membuat kemunculan persaingan antarabangsa pertama di Kejohanan Remaja Akuatik Asia pada 2007.

Beliau mencatat sejarah apabila menjadi atlet wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat Olimpik gangsa dalam acara terjunan 10 meter platform wanita bagi Olimpik 2012 di London.

Pandelela juga berjaya merangkul pingat emas pertama Malaysia bagi sukan akuatik acara terjun 10 meter dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan