Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan naskah Penyelidikan Profil Kehamilan Remaja di Sarawak 2021 semasa sidang media Mesyuarat Majlis Pembangunan Sosial di Kuching, hari ini. Foto TVS

287 program, 12 projek sokongan mempertingkatkan kesejahteraan komuniti

KUCHING, 14 Feb: Sebanyak 287 program dan 12 projek sokongan intervensi Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPSS) 2024 telah dipersetujui untuk dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata input kes-kes dari setiap program itu akan disalurkan ke Sistem Pengurusan Kes Isu Sosial Bersepadu (ISICMS).

“Sistem ini juga telah dibentangkan dalam mesyuarat tadi dan profil seseorang individu itu semuanya berada di dalam satu sistem dan ia boleh diakses oleh agensi berkaitan sahaja.

“Namun, tadi ada juga disuarakan sebanyak mana data individu tersebut dapat dikongsikan semasa kita menangani isu atau masalah yang dihadapi oleh individu itu,” katanya semasa sidang media sempena Mesyuarat Majlis Pembangunan Sosial di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap program tersebut akan melibatkan kolaborasi dan rangkaian strategik ahli-ahli MPSS dari peringkat akar umbi.

Ia bagi menyelaraskan maklumat berkenaan kes isu sosial yang rumit dan kompleks secara bersepadu di Sarawak.

Profail seorang individu dalam sesebuah kes akan berada di satu sistem yang dapat diakses oleh agensi-agensi yang terlibat sahaja.

Pelaksanaan program-program tersebut dianggarkan melibatkan perbelanjaan RM12,467,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan