Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dennis Francis pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai serangan Israel ke atas bandar Rafah, lapor Agensi Anadolu. Foto fail AFP.

Satu lagi bencana kemanusiaan melanda Gaza

ByBernama

WASHINGTON, 13 Feb: Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dennis Francis pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai serangan Israel ke atas bandar Rafah, lapor Agensi Anadolu.

“Saya amat bimbang dengan peningkatan operasi ketenteraan di Rafah dengan lebih sejuta orang awam yang berlindung sudah berada dalam keadaan yang amat sukar.

“Satu lagi fasa bencana kemanusiaan. Ini bukan jalan menuju keamanan yang mampan,” katanya di platform X.

Beliau akan terus merayu kepada semua pihak berkepentingan untuk menghentikan pertumpahan darah dan memulakan dialog bermakna demi keamanan yang berkekalan.

Tentera Israel merancang untuk melancarkan serangan darat di Rafah, sebuah kawasan yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari tempat perlindungan.

Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 28,340 orang dan mencederakan 67,984 lagi.

Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan