Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa keluar mayat salah seorang daripada dua mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini petang tadi untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat.Foto, Bernama.

Pesawat terhempas: Dua mayat mangsa dibawa ke HTAR, Klang

ByBernama

KAPAR, 13 Feb: Dua mayat mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda di sini petang tadi dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

Pesawat dilihat terbang ‘tidak betul’, jatuh menjunam – saksi

Pesawat dilihat terbang ‘tidak betul’, jatuh menjunam – saksi

Mangsa terdiri daripada juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42, dibawa keluar secara berasingan menggunakan dua trak polis kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa maut dalam kejadian yang berlaku itu.

Pesawat dilihat terbang ‘tidak betul’, jatuh menjunam – saksi

Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan pada 1.45 tengah hari tadi.

Selain itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan yang terhempas itu melibatkan dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi.

@tvsarawak

Pesawat ringan terhempas di ladang kelapa sawit di Kapar. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan