Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong. Foto AFP

Pandelela sedih dituduh beri alasan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong bersedih berhubung sebuah artikel yang mendakwa beliau memberi pelbagai alasan selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Penerjun kelahiran Bau, Sarawak itu berkata, beliau tidak pernah mencipta alasan dan sekadar menjawab soalan diajukan oleh media setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sarawak tetap bangga dengan Pandelela meskipun gagal ke Olimpik Paris 2024

Jelas pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu, dia tidak menjawab isu ‘kewujudan entiti atau gangguan’ yang dimaksudkan itu secara terperinci.

“Yang cakap pasal entiti atau tangan ghaib itu, bukan saya yang ajukan tetapi wartawan yang bertanya soalan tersebut.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024

“Saya cakap tak adalah,” katanya menerusi hantaran di insta story Instagramnya hari ini.

Pada hantaran berkenaan, atlet wanita pertama Malaysia yang meraih pingat pada sejarah Sukan Olimpik itu turut berkongsi tangkap layar artikel berkenaan yang memaparkan kritikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low kepada beliau.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024

Andy menerusi laporan berkenaan dipetik berkata, sebelum kejohanan itu berlangsung, persatuan telah berjumpa dengan atlet namun tiada yang menyuarakan masalah dihadapi.

Sehubungan itu, Andy berkata, apa yang harus dilakukan oleh Pandelela ialah memohon maaf berikutan prestasi hambar di Doha dan peminat akan memahami bahawa setiap atlet tidak akan dapat beraksi cemerlang pada semua kejohanan yang disertai.

Sementara itu, Pandelela berkata beliau belum lagi bertemu persatuan untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi.

“Saya sangat sedih artikel ini dikeluarkan terlebih dahulu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan