Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan Pegawai Rendah Polis berpangkat Konstabel gred YA1 menerima gaji pokok sebanyak RM1,441 sebulan. Foto hiasan, Bernama.

Nahas pesawat di Kapar, dua disahkan terkorban

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dua disahkan terkorban dalam kejadian pesawat kecil terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor awal petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pesawat itu terjunam ke kawasan ladang kelapa sawit yang menyebabkan 45 peratus badan pesawat terbenam di dalam tanah.

Kata beliau, kedua – dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian dan diminta hadir ke Unit Forensik, Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk proses pengecaman, ” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas.

Pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi dan hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1.35 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan