Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 23 orang delegasi Kesatuan Eropah yang berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, Kuching hari ini. Foto Raffiq (TVS)

Kampung Budaya Sarawak antara lokasi kunjungan delegasi Kesatuan Eropah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Feb: Seramai 23 orang delegasi dari Kesatuan Eropah (EU) berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong, dekat sini, hari ini.

Ketibaan mereka disambut dengan persembahan tarian tradisional sebelum meneruskan lawatan ke lokasi pertama iaitu Rumah Bidayuh dan diteruskan ke beberapa tapak rumah kaum lain seperti Rumah Panjang Iban dan Rumah Tinggi Melanau.

Rombongan yang berada di sini untuk lawatan rasmi selama lima hari bermula hari ini, turut dipertontonkan persembahan budaya.

Delegasi itu turut dijadual menghadiri mesyuarat dengan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia.

Pada Rabu, mereka dijadual bertemu dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Program ‘Business Day’ anjuran bersama Eurocham dan Invest Sarawak di Muzium Budaya Borneo.

Sementara itu pada Khamis, delegasi itu akan melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Sabtu.

Pada Jumaat pula delegasi itu dijadual melawat Sarawak Biodiversity Centre (Micro Algae Facility) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan