Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP

Indonesia kutuk serangan udara Israel di Rafah

ByBernama

JAKARTA, 13 Feb: Indonesia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas kem pelarian di Rafah baru-baru ini, yang mengakibatkan banyak kematian melibatkan orang awam Palestin, selain rancangan rejim Zionis untuk melancarkan serangan darat di bandar itu.

Kementerian Luar Indonesia berkata: “Serangan itu dipercayai sebahagian daripada strategi yang lebih luas oleh Israel untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menjejaskan masa depan kemerdekaan Palestin.”

Dalam satu kenyataan di X, kementerian itu mengulangi gesaan Indonesia untuk tindakan segera oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghentikan serangan Israel dengan menekankan kepentingan untuk mempertahankan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.

Pihak berkuasa kesihatan di Rafah melaporkan bahawa lebih 100 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh, dengan ratusan lagi cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan