Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota sukarelawan pertahanan maut dan tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Chanae, Narathiwat. Foto, Google Map.

Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat

ByBernama

NARATHIWAT, 13 Feb: Dua anggota sukarelawan pertahanan maut dan tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Chanae, Narathiwat.

Kejadian berlaku pada 3.35 petang (waktu tempatan) pada Ahad ketika lima anggota sukarelawan itu dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.

Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kolonel Direk Chomyong berkata sebaik lima anggota sukarelawan itu tiba di tempat kejadian, bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang pada tong gas diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.

“Letupan itu menyebabkan lima anggota sukarelawan pertahanan cedera. Seorang maut di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra semalam dan seorang lagi meninggal dunia hari ini,” katanya pada satu sidang media di sini pada Selasa.

Letupan berkenaan turut mengakibatkan lubang sedalam satu meter di atas jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan