Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis menjalankan siasatan di stesen kereta api bawah tanah Mt. Eden Avenue, New York selepas enam orang cedera dengan seorang maut dalam kejadian tembakan pada 12 Februari 2024. Foto, AFP.

1 maut, lima cedera dalam insiden tembakan di New York

ByBernama

NEW YORK, 13 Feb: Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, di sini pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada pertikaian antara dua kumpulan remaja yang menggunakan pengangkutan berkenaan.

Menurut laporan media,  seorang pengguna kereta api berusia 34 tahun terbunuh manakala dua remaja antara mangsa yang cedera.

Ketua transit di Jabatan Polis New York Michael Kemper menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil.

Polis tempatan masih berusaha mengenal pasti sekurang-kurangnya seorang lagi penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan