MIRI, 11 Feb: Majlis rumah terbuka yang dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini mengukuhkan status Sarawak sebagai wilayah yang harmoni dan unik di Malaysia.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, semangat perpaduan yang ditonjolkan semasa rumah terbuka juga jelas menunjukan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bakal disenarai sebagai acara tahunan Sarawak – Abdul Karim
“Satu suasana yang sangat baik apabila kita memperkukuhkan lagi semangat hormat menghormati yang sudah lama wujud di Sarawak.
“Amalan ini menjadikan Sarawak sebagai contoh kepada budaya toleransi serta keharmonian pelbagai kaum serta agama di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjurannya di Permy Jaya di sini hari ini.
Sementara itu, Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berharap agar tradisi rumah terbuka ini dapat diteruskan.
“(Ini juga sebagai) platform untuk menguatkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda,” katanya. -TVS