Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Hungary, Katalin Novak ketika mengumumkan peletakan jawatannya semalam. Foto, AFP,

Presiden Hungary letak jawatan

ByAFP

HUNGARY, 11 Feb: Presiden Hungary Katalin Novak mengumumkan peletakan jawatannya semalam ekoran bantahan yang tercetus berikutan keputusan pengampunan kepada seorang lelaki yang terbabit dalam kes penderaan seksual kanak-kanak.

Novak, 46, mengakui melakukan kesilapan dan membuat keputusan untuk melepaskan jawatan.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang saya sakiti dan semua mangsa yang mungkin beranggapan bahawa saya tidak menyokong mereka.

“Saya tetap memilih untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga,” katanya menerusi siaran langsung di televisyen.

Kontroversi tercetus susulan pengampunan yang diberikan pada April lalu ketika lawatan Pope Francis ke Budapest.

Sejak laporan yang mendedahkan keputusan itu minggu lalu, pembangkang menggesa Novak meletak jawatan.

Novak, bekas menteri dasar keluarga menjadi wanita pertama yang memegang jawatan presiden pada Mac 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan