Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang mengaul Yee Sang di rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Datuk Wee Hong Seng. Foto: TVS.

Kestabilan politik di Sarawak antara faktor perpaduan dapat dikekalkan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Feb: Kestabilan politik di Sarawak merupakan antara faktor yang menyumbang kepada perpaduan sekian lama dinikmati di wilayah ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng berkata, ini kerajaan yang stabil mampu mewujudkan persekitaran yang harmoni kepada rakyatnya.

Abang Johari, isteri kunjungi empat majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina

Di pihak rakyat pula kata beliau, mudah untuk mereka mengamalkan nilai murni termasuk saling menghormati dan bersikap bertoleransi.

“Perpaduan erat di Sarawak terbukti apabila rakyat tanpa mengira latar belakang berkumpul bersama-sama untuk meraikan sesuatu perayaan,” katanya.

Hong Seng berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui kediamannya di Jalan Chua Say Chiat di sini selepas menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina.

Majlis turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri, Datin Amar Baduyah Bujang.

Menyentuh mengenai penganjuran rumah terbuka, Hong Seng menyifatkan tradisi itu juga mampu menjadi platform untuk terus mengukuhkan perpaduan di Sarawak.

“Bercakap mengenai musim perayaan, kita sering berfikir mengenai reunion.

“Orang ramai berkumpul dan berkongsi budaya, bagi saya saya amalan ini (rumah terbuka) perlu diteruskan,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan