Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Teochew Kuching di sini hari ini. Foto, TVS.

Abang Johari, isteri kunjungi empat majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina

ByAdlina Rahman

KUCHING, 11 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini meneruskan kunjungan ke beberapa majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina.

Rumah terbuka pertama dihadiri oleh Abang Johari ialah majlis yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang di Jalan Batu Kawa.

TBC: Abang Johari, isteri kunjungi empat majlis rumah terbuka | TVS

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri, Datin Amar Baduyah Bujang.

Abang Johari yang tiba kira – kira pukul 11 pagi menghabiskan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan keluarga Khere Chiang dan orang ramai.

Abang Johari kemudian meneruskan kunjungan ke kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii Jalan Stampin Tengah, Kuching hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep di Jalan Tabuan, di sini, hari ini.

Sementara itu pada pukul 1 petang tadi, Persatuan Teochew Kuching turut menerima kehadiran Abang Johari dan isteri di Jalan Tabuan, di sini.

Kedatangan Abang Johari disambut oleh Presiden Persatuan Teochew Kuching, Vincent Chiew, ahli persatuan dan dimeriahkan dengan persembahan tarian singa.

Pada majlis itu, Abang Johari turut melancarkan ulang tahun penubuhan ke-160 tahun persatuan berkenaan.

Pada pukul 2 petang tadi, Premier Sarawak dan isteri singgah ke majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina di kediaman Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan